Sambungan nasyid²..

Tetapi…..

Setelah Echy tahu siapakah Ainul Mardhiah…perasaan Echy berubah…barulah Echy

tergerak untuk melihat makna nama Ainul Mardhiah..

Mata yang diredhai.

Mata? Mata? sekali lagi..mata??? Mengapa mata..aduihh..mata Echy ini adakah di redhai ?

 

Bayangkan seorang wanita yang matanya diredhai..singgahsananya tinggi disyurga.

Bidadari syurga yang menjadi teman para mujahid Allah.

Tak cemburukah tak kagumkah..huishh..

Echy tak nak ker tahap seperti itu? Ataupun lebih tinggi dari itu..

Kita manusia boley mencapai tahap yang lebih tinggi daripada para bidadari, bahkan

menjadi ketua bidadari lagi..

Tak mahu kah?

Jadi Echy nak berusaha nak jaga mata Echy nie yang dah rabun dah nie..nak jadi macam Ainul Mardhiah bahkan insyAllah lebih lagi..insyAllah..=)

Advertisements
Posted in Uncategorized | Leave a comment

Nasyid²..

Huaaaahhhhhh…kesejukan pagi yang menggigit!!!! huuuuhhhh….

Tak mengapa masih belum memutih, belum bersalju muka bumi Mulhouse ini..masih dikira hangat..hehe..seronok pagi ini..sebab tak ada kelas…yay!!!

Cuti umum sempena perang 1418 katenye…hurmmm..malas nak cakap pasal sejarah France sebab benda² macam inilah yang membawa sifat² racisme pada orang French..dah lali..malas layan …huuuuh..

Tengok tajuk diatas, Nasyid…huuu..kawan² Echy mesti tahu Echy suke dengar lagu

apa…lagu macam mana…and kalau dengar lagu Echy suke dengar melodi ke? intro ke? lirik ker? Or kesemuanya…hihi..

Echy sebenarnya mudah tertarik pada lagu² yang intronya best! tak kira genre apa pun..kalau dulu..heavy metal scapula pun Echy layan…hihihihi…sekarang dah malas nak memecah gegedang telinga, takut juga nanti kena denda sebab buat bising dalam residence..hihi..kat sini kalau buat bising teruk² boley kena saman..hehe. Tapi kalau dekat residence campus macam Echy duduk nie tak lah sedahsyat di appartement yang private  dihuni warga tua.hihi

Echy serious mengaku, Echy sedikit rimas dengan orang² tua French yang aneh. Berbanding warga tua Malaysia juga di Asia lah kan..yang kaya pengalaman, pemberi nasihat kepada orang² muda..walaupun orang² muda buat tak dengar je. Tak faham bahasa kan orang² muda nie..Bila dah tua baru lah nak nasihat generasi selepas itu…”jangan jadi macam pakcik mude² dulu..enjoy tak ingat akhirat..tak dengar nasihat orang tua..nanti kamu menyesal macam pakcik sekarang ni..”.huhuhu…

Teruskan lah memberi nasihat wahai orang² yang ada kesedaran..kerana sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka² yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran..(daripada surah Al Asr).

Haaahaa fikir²kan lah..

Ok,berbalik kepada lagu² nie..Echy memang kurang dengar nasyid dari zaman sekolah lagi..hihi..Masuk zaman tingkatan, Echy berkenalan lah dengan kawan² yang layan nasyid……hairan.

Macam mana boleh suka nasyid? Hurmm..Echy tak mengerti..tapi Echy dapat lihat daripada reaksi² kawan Echy tu..dia suka satu kumpulan nasyid nie sebab ade penyanyi dalam kumpulan tu yang kiut..F namenya..hohohoho…Echy tak pernah layan sesebuah lagu sebab penyanyi dia kiut..hahaha..for me..songs are more to be listened, not to be watched…tapi terpulang lah…Echy masih tak bertemu jawapan kenapa orang layan nasyid..

Yang lagi Echy tak faham…apa pasal lah ada lagu yang sebut nama perempuan..sedap lagunya…tapi buat apa nak dengar lagu  sebut nama perempuan ?..contoh paling Echy tertanya-tanya..Ainul Mardhiah. Itu nama kawan Echy..apa pasal ada lagu nama dia..

Liriknya pulak…aduhh tak tawu nak kata ….bunga²..Echy seriously memang tak layan sangat lagu² jiwang, lagi² yang karat hampeh..cinta manusia yang penuh pura²..no no no..that’s not Echy..

Tapi…lagu nasyid jiwang..tak karat..sweet je..tapi ntah..buat ape nak dengar lagu Ainul Mardhiah tu..citer pasal seorang perempuan. Sapa perempuan tu..? Tak kan kawan Echy kat sekolah tu..Sorry miss..kalau U popular I pun nak jugak.. =P

Sayang betul lagu sedap tapi mesej belum menarik hati Echy…sebab Echy kalau nak pilih  lagu, Echy consider lirik²nya..bukan melodi semata².. =) Tengok lirik lagu Ainul Mardhiah yang Echy tak kenal muslimah mana nie..Echy tak berapa faham..nie lirik dia..

Dirimu pembakar semangat perwira

Rela berkorban demi agama

Kau jadi taruhan berjuta pemuda

Yang bakal dinobat sebagai syuhada’
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kekasih

Hurmm..Rasanya..Kalau nasyid tentang Aisyah, Fatimah, Rabiatul Adawiyyah Echy kenal lah..Ainul Mardhiah….tak kenal pun..tak dapat lah Echy nak layan lagu sedap ni..

Tetapi………

(bersambung)

Posted in Uncategorized | Leave a comment

I don’t feel very well

Aduiih..Echy saket kepale..

Hari ini Echy bekerja di bengkel bermula pukul 2 petang sampai pukul 6. Aduiihh…Echy bekerja non stop. Ini first time Echy buat practical usinage atau lebih senang sebut fabrication.

Kontrol macam² jenis machines,welding,furnishing,macam² laa..huu..yang paling Echy rasa menjangkau tahap ekstrim iaitu masa furnishing…arrrgghh..bunyi geseran berfrekuensi tinggi…binggit kasi saket kepala…

nii nooo nii noo..Echy dah berpusing-pusing dah ni..(tapi still boleh tules blog)hehe..

Selepas maghrib, Echy ambil kesempatan masak sup ayam buat hilang penat..boleh jugaklah me’warm’kan badan Echy yang kesejukan nie..huuuu..

Sebenarnye Echy bukan penggemar sup..lagi² sup ayam..Tapi Echy tak faham kenapa perasan atau ‘perut’saan menhantar message sup ayam ke otak..

Echy juga bukan penggemar carrot yang dimasak tapi bila masuk dalam mulut, di kunyah ranggupnya macam carrot yang tak dimasak..dalam erti kata lain carrot yang tak empuk..

Malah Echy juga bukan penggemar peha ayam yang selalunya nampak menyelerakan di dalam iklan² di televisyen.

Tapi kalu masak sup ayam, bagi Echy kalau ada bahagian kaki ayam barulah kaw² sup tu..(walaupun tak minat sup)..

Maka Echy pun memasak sup ayam yang Echy cuba sebaik mungkin menuruti citarasa Echy..Macam sup ayam mama..

…………………………………..

Rindu mama….huuu…

Chop, chop, chop, kacau²….tersedialah ..sup ayam Echy..

Huuu..tak same macam sup ayam mama.. huuuu…tapi oklah..

Echy kne tido awal sebab saket kepale…à plus alors!

warmed by the chicken soup with the soft carrot cubes, the delicious morning market tomatoes, well-cooked drumstick..as I like.. =)

dizzy head with Sparkle, by Yuna.

Posted in Uncategorized | 2 Comments

Ahad dan Echy

Hari Ahad yang sangat sejuk..10°C tidak menghalang Echy keluar dari studio Echy yang bernama Najmi. Hujung minggu khusus untuk keluarga. Di Najmi masih belum ada connection internet…=/

Ahad, masa ber’skype’ bersama keluarga dan “keluarga”; usrah. Dua² Echy sayang!

Oleh kerana Ahad itu memang istimewa iaitu masa online yang agak lama kerana ada dua keluarga untuk berskype, nampaknya Echy kena cari bekalan elektrik untuk lappy Al Alwan ini memandangkan baterinya hanya mampu bertahan untuk beberapa jam sahaja. Bermula kira² jam 9 pagi, keluar mengelilingi Campus L’iiberg..Echy boleh dikatakan beriadah lah ni..hehe..

Rasa macam perompak pun ada. sebab Echy pergi dari satu banggunan ke satu banggunan di kampus sembunyi². Takde lah sembunyi sangat tapi memangdangkan Ahad pagi, tak ada sesiapa sangat di Kampus, ada seorang Monsieur yang bawa anjing²nya bersenaman pagi sahaja dan Echy pulak terintai-intai mencari soket untuk Al Alwan ni. Nampak macam perompak le..(ade² je..)

Sini..dekat CLAM.. xde..Resto U..xde…Faculté ape tah..takde..anjing² Monsieur tu ade lah…aduhhh..CROUS..Maison d’Etudiant..takdeee….huuuuuhhhh…

Echy dah tak tahu nak mencari di mana lagi. Hampir semua banggunan institut dan pentadbiran Echy dah pergi, dah round sekeliling..satu soket pun tak ade. Jam ditangan; 10.50 pagi. Echy dah nak berhenti mencari, Echy bentang tikar rotan kecil Echy, Echy duduk dan on skype! Echy menyapa kakak usrah Echy, mengadu nasib dipagi hari. Tangan dah beku nak menaip. Sejuuukkkk giler…

Puff! Echy kembali bersemangat setelah berchatting seketika walaupun tiada solusi pun akhirnya.

Blerr dan beku, Echy tak tahu nak buat apa..Tut..tut..message di dalam kepala, ” Sementara masa masih ada..kol Malaysia”. Echy terus kol Mama di Malaysia, lihat di skrin, ke kanan dan di bawah.. hmm..bateri masih banyak..Temu janji usrah jam 10.00 pagi nanti..

“Hello Assalamualaikum..”…..

Beg, tikar rotan ditinggalkan dianak tangga di hadapan Maison d’Université. Sambil berborak dengan mama, Echy berjalan bersama Al Alwan di tangan, round banggunan berbata merah itu.. manalah tahu ada soket kat mana²..pot..pet..pot..pet..

10.00 pagi..Berborak la la la..,mata melihat kesini sana.. titt..tittt..titt..Dushhh!!! Itu mungkin dia ! Ada satu benda petak warna putih di dinding berbata! Nampak macam soket, Echy sentuh dan buka penutup petak. Alhamdulillah..yeeeehaaaa!!!!!

Panggilan bernada dering moden di Skype..usrah memanggil. Echy segera ke anak tangga, mengambil beg dan tikar rotan, bersedia buat port di belakang banggunan Maison d’Université.

Minta izin tangguhkan borak dengan mama, sambut panggilan skype dari usrah. SubhAnallah..terasa kelakar pun ada.. tepat pada masanya Dia berikan Echy kemudahan. Teringat kata² seorang teman.” Allah itu sweet sangat!”

Comel lah..Echy mencari selama satu jam tak jumpa..ingatkan memang tak jalan lah usrah pertama Echy di Mulhouse. Rupanya the help was given right on the time! Echy sangat menghargai soket itu..hehe dan mulakan usrah dengan penuh rasa kesyukuran padaNya.

Dia Maha Mengetahui..apa yang terbaik untuk Echy, apa yang memberi semangat dan membawa Echy kembali ingat padaNya. Dia sangat special dalam tekniknya menyuruh Echy membetulkan niat sebelum ber’usrah’. Niat itu ; hendaklah kerana Dia. =)

Comel, comel, comel…… (^_^)
Because it’s cold here..here comes the Coldplay_Fix You.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Bila bujang memasak..

Entahlah..kekadang bila Echy masak sesuatu , Echy rasa nak ambil gambar.

Biasalah..orang bujang memasak..ntah ape² je..Selalunya Echy nie bila nak memasak memang tak tahu nak masak apa..

Tapi kadang kadang ada beberapa menu yang akan Echy masak kerana sesuatu perkara..

Tapi..tataplah menu irang bujang yang memang bujang berabis bak kata orang Brunei..hikhikhik..

Voilà..

Nasi lemak dan omelette, merguez bersalut keju, spagetthi vegetarian opps..dan eggeratian dan tomyam.

sila klik pada foto untuk pandangan yang lebih jelas dan penerangan lanjut..=P

Posted in dari mata lensa | Leave a comment

Sabtu itu ini ceritanya..

Sabtu pagi , pagi yang selalunya yang paling Echy suka. Pagi ini juga..

Tiada kelas, sebab sabtu..

tiada bunyi bising, sebab kebanyakan students balek kampung..

tiada kalut, sebab aktiviti sabtu ini bermula pukul 2 petang nanti..(selalunya setiap sabtu Echy beraktiviti)

Hello cik jendela! Senyum sesegar udara..

Teman setia, encik coffee pembuka mata…

Hendak ataupun tidak, kena jugalah menatap lembaran kuliah dan kelas matematik. Ujian pertama matematik; Isnin..erggghhh..ayuh..fokus paksa rela..

Seronok, cemburu pun ada bila lihat keluar , menembusi cik jendela..tapi diri Echy kena dipaksa..Fokus²..nanti pukul dua, ada agenda.

……..

Namun mata mengawal deria, mata melihat kerap keluar jendela..

Echy perlu buat sesuatu..

Nah, setiap kali mata begitu suka mengintai jendela..akan di baca kata nota,  yang Echy biarkan jadi rahsia antara Echy, Dia dan mereka…

Footnote: Sabtu lepas yang istimewa, Echy berhiking bersama rakan² yang datang dari merata pelusuk dunia..

…….Listen..the clock on the wall is ticking… .. .. .. ..

Posted in Uncategorized | Leave a comment

HighCut vs HighHeel

Haha..”Amboi tengok die nie haa..pakai kasut tinggi”..

Echy;”(melihat kasut sendiri)”

“Orang pakai kasut tinggi kat bawah, dia pakai kasut tinggi kat atas”

Echy;”(terpingu=terpinga-pinga+tersipu-sipu)..

Perli percuma buat..

Echy bersama kasut rayanya..

Posted in Uncategorized | Leave a comment